September 14, 2024
#BERITA

Ku Li dilantik jadi Penasihat UMNO?

KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa telah dilantik menjadi Penasihat UMNO baru-baru ini.

Seorang sumber dalaman mendedahkan kepada media, Tengku Razaleigh dibuat pada mesyuarat pucuk pimpinan UMNO yang turut dihadiri oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan juga Naib-Naib Presiden yang bersetuju dengan keputusan itu,” kata sumber itu.

Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan sebelum gagal mengekalkan kerusi itu pada PRU15.

Ku Li hanya tewas dengan 163 undi sahaja, ketika itu beliau juga dilaporkan berkata akan meninggalkan dunia politik selepas PRU-15.

Untuk makluman, Tengku Razaleigh juga antara pemimpin veteran yang begitu lantang mengkritik parti sejak kebelakangan ini terutamanya ketika sebelum PRU-15. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday