October 18, 2024
#POLITIK

Apa yang hebat sangat Shahidan soal MB Selangor

KUALA LUMPUR – Nama bekas pemimpin UMNO yang kini menyertai Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim terus menjadi sebutan segelintir pihak akan bertanding di salah satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. 

Hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempersoal kehebatan yang dimiliki Ahli Parlimen Arau itu.

Difahamkan, PN akan meletakkan nama-nama besar untuk bertanding di PRN Selangor kelak termasuklah Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Untuk pengetahuan Selangor sudah berada dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama lebih 15 tahun setelah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2008 lagi.

“Sudah banyak sangat nama disebut-sebut akan bertanding tapi mereka (PN) ini belum muktamadkan apapun. Ini menunjukkan PN ini tidak konsisten siapakah calon-calon mereka.

“Shahidan itu ‘Selangor’ sangatlah sampai mahu bertanding pilihan raya

“Kita tumpu kerja kerja kita sahaja. Saya tidak mahu respons secara rasmi kerana ia hanya serangan politik. Data, bukti dan fakta masih menunjukkan kita terbaik termasuk dari segi ekonomi dan program pembangunan sosial,” katanya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *