October 18, 2024
#BERITA

Rosmah mula dibicara kes elak cukai RM7,097,750 lepas empat tahun

KUALA LUMPUR – Pekarangan kompleks Mahkamah Jalan Duta disini kembali menjadi tumpuan umum rata-rata media tempatan dan antarabangsa dengan prosiding hari pertama kes pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor pagi ini.

Walaupun kes ini dijadualkan bermula sekitar 9 pagi ini dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy namun kebanyakan pengamal media sudah setia menanti sejak jam 7.30 pagi lagi.

Rosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba berpakaian merah ke prosiding jam 8.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai dan penyokong.

Untuk makluman, sepatutnya kes ini didengar oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan namun beliau telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Pada April lalu, Rosmah menarik balik rayuannya berhubung permohonan menggugurkan Mohamed Zaini daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai selepas beliau dinaikkan pangkat.

Mohamed Zaini juga juga merupakan hakim yang menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas wanita berusia 72 tahun ini, didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Pendakwaan dalam kes elak cukai LHDN dan penggubahan wang haram ini dijangka akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yi Ting manakala Rosmah akan diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan prosiding bermula 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September depan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *