KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 11 pagi.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor melaporkan negeri paling terjejas selepas empat stesen pemantauan kualiti udara di negeri itu mencatatkan bacaan tidak sihat.
Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing merekodkan bacaan IPU 164, diikuti Pengerang (162) dan Larkin (155).
IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU 152, manakala Sri Aman pula merekodkan bacaan 120.
Sebanyak 52 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana.
Kawasan berkenaan termasuk Kuching dengan bacaan IPU 94, Samarahan (84), Rompin (83), Batu Pahat (79), Nilai (78) dan Politeknik Kota Kinabalu (75).
Shah Alam, Tawau dan Bintulu masing-masing mencatatkan bacaan IPU 74, Cheras (73) dan Mukah (72).
Sebanyak 10 kawasan melaporkan kualiti udara baik antaranya Kulim Hi-Tech dan Minden mencatatkan bacaan IPU 50, Alor Setar, Balik Pulau dan Kota Bharu (37), Kangar, Temerloh dan Besut (34).
Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).-MalayaDailyToday

























































