KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kawasan di Sarawak masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 3.30 petang tadi.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 171.
Kawasan lain di negeri itu yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat terdiri daripada Samarahan (159), Kuching (158) dan Sri Aman (153).
Sebanyak 57 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Antaranya, Bukit Rambai dengan bacaan IPU 90, Larkin dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 85, Pasir Gudang dan Bintulu (84), Kapit (83), Nilai (81), Shah Alam (80) dan Cheras (79).
Sibu dan Johan Setia masing-masing mencatatkan bacaan IPU 78, Tawau dan Sandakan (77), serta Batu Pahat dan Balok Baru Kuantan (76).
Selain itu, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Politeknik Kota Kinabalu juga masing-masing merekodkan bacaan IPU 75.
Hanya tiga kawasan melaporkan kualiti udara baik iaitu Tanah Merah mencatatkan bacaan IPU 46, Langkawi (40) dan Besut (33).
Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).-MalayaDailyToday



























































