KUALA LUMPUR – DBKL merujuk kepada video tiktok mengenai keadaan penutup simen terangkat di Jalan Masjid India yang tular.
Dimaklumkan penutup lurang (manhole) telah hilang berkemungkinan disebabkan vandalisme dan menyebabkan penutup simen (bahagian atas) terangkat. Pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah selesai memasang penutup lurang (manhole) tersebut pada awal pagi 5 Oktober 2024.
DBKL menggesa orang ramai agar tidak sewenang – wenangnya menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegelisahan orang awam dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Masjid India baru – baru ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post