SEKITAR majlis ‘Doa Selamat’ dan berbuka puasa anjuran gimnasium Badcave Training Facility meriah dengan kehadiran ratusan anak yatim dalam kalangan anak yatim, terdiri daripada penghuni Madrasah Tahfiz Al Munawarah dari Sungai Buloh. Turut kelihatan kehadiran selebriti terkenal, warga Badcave, sahabat handai dan keluarga.
Acara dimulakan dengan doa selamat dan bacaan Yasin sebelum sembahyang maghrib diikuti dengan berbuka puasa dengan pelbagai juadah lazat. Anak-anak yatim ini juga diserikan dengan ‘duit raya’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif Badcave Training Facility, Murad Zaidi.
Kredit: Badcave Training Facility Instagram
Discussion about this post