KUALA LUMPUR – Rata-rata peminat filem lakonan dan arahan Vijay Anthony pastinya sedang teruja dengan pengumuman tayangan filem ‘Pichaikaran 2’ seluruh dunia bermula 19 Mei ini.
Untuk makluman, filem lakonan Vijay Anthony sentiasa ‘hit’ dan blockbuster itu merupakan yang kedua selepas kejayaan Pichaikaran 1 yang ditayangkan sekitar 2016 yang turut meraih ratusan juta ketika itu.
Komposer yang kemudian menjadi pelakon dan pengarah itu bagaimanapun mendedahkan Pichaikaran 2 sebenarnya bukannya sambungan filem pertama dan saling berkait.
Bercakap kepada media Malaysia ketika sesi promosi dengan Lotus Five Star yang merupakan pengedar filem itu di sini semalam, kata Vijay Anthony, kali ini lebih berkisarkan tentang emosi antara adik beradik berbanding filem pertamanya, Pichaikaran 1.
Untuk pengetahuan, Pichaikaran dalam bahasa Tamil bermaksud pengemis.
Sebelum ini, awal tahun ini, Vijay Anthony ketika sedang melakukan penggambaran filem Pichaikaran 2 pernah mengalami kemalangan bot di Langkawi dan berada dalam keadaan serius selama hampir sebulan.
Namun Vijay Anthony yang sentiasa tampil bersemangat dan positif memberitahu beliau teruja dan menganggap semua itu adalah pengajaran dan pengalaman cukup berharga buat dirinya.
“Saya anggap itu pengalaman, tidak lebih dari itu. Malaysia adalah sebuah negara hebat dan penuh dengan para peminat yang cukup besar buat saya. Itu lebih penting,” ujarnya.
Selain mengarah, Vijay Anthony turut menghasilkan dan menggubah muzik untuk Pichaikkaran 2 yang juga dibintangi oleh John Vijay, Harish Berradi, YG Mahendran, Ajay Ghosh, Yogi Babu dan lain-lain. -MalayaDailyToday
Discussion about this post