JOHOR BAHRU – Gempar awal di Balai Polis Ulu Tiram di sini apabila dua anggota polis maut diserang jam 4.41 pagi tadi.
Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.
Difahamkan panggilan itu daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram, susulan itu, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.
Setakat ini konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.
Manakala seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.
Sementara itu, seorang koperal juga ditembak suspek dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.
Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dijangka akan mengadakan sidang media tergempar pada bila-bila masa berkaitan insiden ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post