KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh tampil memohon maaf secara terbuka atas kritikannya terhadap keputusan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu baru-baru ini melantik lima pemimpin Pakatan Harapan (PH) dari AMANAH bagi menerajui agensi utama di bawah kementerian itu sebelum ini.
Melalui sesi dialog dalam Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023, hari ini, Muhamad Akmal menzahirkan permohonan maaf itu kepada parti AMANAH.
“Hari ini saya berdiri di atas pentas Kerajaan Perpaduan…saya faham hari itu bila kenyataan saya berhubung lantikan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) (kritikan)…maka untuk sahabat AMANAH, saya berbesar hati dan merendah diri ingin memohon maaf,” katanya. -MalayaDailyToday