KUALA LUMPUR – Susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat lepas, pasukan mencari dan menyelamat (SAR – search and rescue) komited meneruskan pencarian perempuan warganegara India yang memasuki hari keempat.
Dalam satu kenyataan DBKL, pemeriksaaan berterusan dilakukan oleh pihak Bomba di Loji Pantai Dalam manakala pihak IWK akan membuat pemecahan debris menggunakan jetter di laluan manhole lokasi insiden ke manhole hilir dengan jarak 69 meter.
Untuk rekod, pihak IWK telahpun melaksanakan flushing di manhole 5 mulai lewat malam tadi sehingga jam 2 pagi 26 Ogos 2024, namun belum menemui sebarang petunjuk.
Bagi memastikan kelancaran kerja – kerja pencarian dilakukan oleh pasukan SAR, adalah dipohon kepada orang awam memberikan kerjasama dengan tidak berada berhampiran lokasi. -MalayaDailyToday
Discussion about this post