LIMA – Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda tidak jauh dari pantai Peru mencetuskan amaran tsunami untuk negara Amerika Selatan itu.
Agensi melaporkan Persatuan Geologi Amerika Syarikat (AS) menganggap gempa 7.2 magnitude itu sebagai gempa bumi besar.
Tentera Laut Peru pula telah mengeluarkan amaran tsunami.
Sistem Amaran Tsunami AS memberi amaran ombak sehingga tiga meter (10 kaki) boleh melanda pantai Peru berikutan gempa itu.
Ketua Hidrografi dan Navigasi, Gustavo Cordova memberitahu, kemungkinan tsunami tidak boleh diketepikan. -MalayaDailyToday