Shah Alam – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, keahlian yang ada akan terhenti dan dikeluarkan daripada senarai ahli parti.
“Berdasarkan kepada senarai tersebut, nama keenam-enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disenaraikan.
“Maka dengan ini keahlian mereka terhenti dan dikeluarkan dari senarai ahli parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Tambahan fasal yang dibuat parti itu membabitkan Fasal 10.4 yang menggariskan, “mana-mana ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang selari dengan Fasal 10.5 adalah disifatkan sebagai terhenti keahliannya dari parti Bersatu secara serta-merta”. -MalayaDailyToday
Discussion about this post