KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dapat membina kembali hubungan silaturahim dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Perkara itu yang dilaporkan media berkata pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berkata, hasrat murni itu dibuat pada pertemuan bersama dua anak bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
“Dalam pada perdana menteri bertanya khabar berkenaan perkembangan terkini berkenaan dua anak Tok Guru, beliau menyebut berkenaan semangat persaudaraan antara beliau dengan ramai teman-teman lama beliau, termasuk Tuan Guru Presiden PAS (Abdul Hadi Awang).
“Beliau berharap sangat ia hubungan persaudaraan berlaku antara beliau dan presiden PAS, selain sikap PAS dalam menangapi isu-isu yang dibangkitkan agar tidak mengagalkan usaha membina negara,” katanya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post