KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Hamid mahu permusuhan sejak sekian lama antara parti dalam kerajaan ditamatkan.
Kerajaan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan yang merangkumi Barisan Nasional (BN) khasnya UMNO.
Berucap di depan perwakilan dan pimpinan sayap pemuda parti dalam kerajaan hari ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata banyak perbezaan antara mereka perlu ditangani dengan baik.
“Ini bukan satu himpunan biasa. Saya berulang kali katakan himpunan ini juga bukan semata-mata untuk kita justifikasikan penubuhan kerajaan ini.
“Ini adalah satu titik di mana kita zahirkan kesepakatan, persetujuan dan persediaan untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik,” katanya sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan di WTC, Kuala Lumpur hari ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post