KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kini tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) mahupun memegang sebarang jawatan dalam gerakan itu.
Kata Tun Mahathir, beliau membuat keputusan demikian selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik, serta gagal menarik sokongan pengundi seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Jawatan Pengerusi GTA) yang itu (perkara) lama… (kini saya) tidak ada (sebarang jawatan), (matlamat penubuhan) GTA tidak jadi, (GTA) tidak membantu kita (untuk menang pilihan raya), kerana ia (berbentuk) parti,” dedah bekas Perdana Menteri itu.
Tun Mahathir juga mendedahkan dirinya kini bergerak menerusi platform Proklamasi Orang Melayu, tanpa terlibat dengan mana-mana parti politik. -MalayaDailyToday