KUALA LUMPUR – Malaysia sedang dalam proses untuk menyertai Alliance 8.7 sebagai salah sebuah negara ‘pathfinder’ yang menyokong sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 8.7.
Ini juga merupakan ibketif utama negara ‘pathfinder’ bagi mempercepatkan penghapusan buruh paksa, perhambaan moden menjelang 2030 dan buruh kanak-kanak selewat-lewatnya 2025.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Malaysia cukup komited dengan objektif serta misi SDG 8.7 dan sedang bergerak ke arah visi itu ketika ini.
Beliau mendedahkan, Malaysia pada persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-111 telah menekankan komitmen kerajaan dalam usaha memerangi isu buruh paksa.
“Antaranya pindaan Aka Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah mewujudkan peruntukan baharu iaitu Seksyen 90B berhubung buruh paksa. Malaysia juga telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional (2021 – 2025) berhubung buruh paksa pada November 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kata Sivakumar, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi tidak kira atas alasan apa juga berkaitan sebarang aduan mahupun makluman yang menjurus ke arah buruh paksa.
Kita juga akan bertindak terhadap sebarang aduan jika wujudnya elemen buruh paksa walau hanya satu daripada 11 indikator buruh paksa yang digariskan ILO.
“KSM menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dalam sebarang isu perburuhan lebih-lebih lagi buruh paksa dan pemerdagangan orang,” tegasnya. -MalayaDailyToday