KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan setakat ini belum ada senarai atau kerusi yang telah dimuktamadkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Dedah beliau juga, setakat ini tidak ada ‘apa’ hendak dikatakannya buat masa ini.
“Saya tidak dipanggil dan saya tidak hadir ke mana-mana mesyuarat setakat ini,” katanya.
Untuk makluman, minggu lalu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dipetik berkata, agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi PRN enam negeri perlu dibincangkan secara blok, bukannya membabitkan individu tertentu saja.
Katanya, persetujuan bersama semua parti komponen BN diperlukan dalam menghadapi PRN, yang sejajar ketetapan gabungan itu. -MalayaDailyToday
Discussion about this post