KUALA LUMPUR – Walaupun ada suara-suara sumbang cuba mengkritik keputusan MIC, parti terbesar masyarakat India yang tampil menyokong kerajaan perpaduan ketika ini, namun kritikan seumpama itu tidak begitu penting.
Itu antara pandangan yang diutarakan oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran kerana beliau bersama MIC fokus dalam memastikan kepentingan dan kebajikan kaum India terus terbela ketika ini.
Vigneswaran ‘mengakui’ partinya itu pada satu peringkat seperti ke arah memilih Perikatan Nasional (PN) namun hakikatnya beliau yakin pilihan yang di ambil itu sebenarnya lebih kepada kepentingan rakyat dan bukannya sekadar memenuhi agenda politik semata.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira aspek andainya kita mahu menyatu padukan keseluruhan masyarakat India di negara ini, kita tidak ada apa-apa pilihan selain bekerjasama dengan kerajaan hari ini.
“Secara peribadi, kita semua mungkin ada harapan dan agenda masing-masing. Bak kata Timbalan Presiden saya, Datuk Seri M Saravanan, sebagai individu jika terima jawatan itu tidak akan memberikan manfaat kepada keseluruhan masyarakat.
“Apa yang penting adalah masyarakat secara keseluruhan. Tidak ada masa untuk fikir habuan mahupun jawatan masing-masing, MIC hendak fikir untuk rakyat dan rakyat secara keseluruhan. Itu juga antara intipati perbincangan saya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara peribadi.
“Kita telah nyatakan pendirian dan keperluan bukan untuk individu sebaliknya untuk umum. Segala agenda untuk hampir 3juta masyarakat India di negara ini perlu disantuni dan digerakkan. Oleh yang demikian, kita juga bersedia untuk melupakan luka lama, saling bermaafan serta bergerak ke hadapan,” katanya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post