GENEVA – Malaysia yang sememangnya terkenal dengan menjuarai isu-isu pekerja terutamanya dalam melindungi golongan itu terus berikrar komited dalam isu itu kini dan selamanya.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (International Labour Conference-ILC) Sesi Ke-111 bermula pada 12 hingga 15 Jun ini sekali lagi melahirkan komitmen tersebut.
Sivakumar ketika diberi peluang berucap pada sidang pleno Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi Ke-111 telah menerangkan beberapa inisiatif negara dalam memberikan perlindungan yang adil kepada golongan pekerja.
“Inisiatif berkenaan antara lain termasuk pindaan Akta Kerja 1955, pindaan kepada Akta 446, peluasan liputan perlindungan sosial kepada pekerja asing melalui Skim Bencana Kerja.Malaysia bercadang untuk menyertai proses Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder,” katanya diikuti tepukan gemuruh para delegasi.
Kata Sivakumar lagi, dirinya amat komited dalam menekankan kepentingan dasar negara ke arah “Just Transtion”, iaitu peralihan adil kepada pekerja dalam mengalami perubahan iklim dan ekonomi hijau,” ujarnya.
Untuk makluman, Kementerian Sumber diketuai Sivakumar juga telah menghadiri ASEAN Labour Ministers Breakfast Meeting, mesyuarat sampingan sempena ILC ke-111 dihoskan oleh Indonesia selaku pengerusi ASEAN tahun ini.
Mesyuarat ini turut dihadiri Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert Huongbo.
Pada mesyuarat berkenaan, menteri-menteri negara ASEAN telah bertukar pandangan mengenai keadilan sosial, Just Transition dan perlindungan pekerja migran serta penyediaan peluang pekerjaan. -MalayaDailyToday
Discussion about this post