ISLAMABAD – Mahkamah Agung Pakistan hari ini mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri, Imran Khan awal minggu ini sebagai tidak sah selepas ia mencetuskan pergolakan awam di seluruh negara.
Hakim Tertinggi Pakistan, Umar Ata Bandial memutuskan penangkapan itu tidak dan semua proses perlu diundur.
Imran ditahan pihak badan pencegahan rasuah ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Islamabad.
Sebelum ini mahkamah membenarkan Biro Akauntabiliti Nasional (NAB), agensi antirasuah, menahan Imran selama lapan hari manakala di mahkamah lain beliau didakwa menjual hadiah negara secara tidak sah ketika menjadi perdana menteri antara 2018 dan 2022.
Imran menerima layanan buruk sejak penahanannya pada Selasa, menurut seorang daripada peguam beliau selepas bekas perdana menteri itu hadir di mahkamah sementara di kemudahan polis di Islamabad pada Rabu. – MalayaDailyToday
Discussion about this post