PUTRAJAYA – Komited, itu antara ikrar Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meningkatkan aspek perlindungan sosial dan perburuhan kepada pekerja asing serta domestik di dalam sektor perladangan dan pembuatan sarung tangan getah.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) juga akan diperkukuhkan melalui pembangunan kapasiti pemeriksa buruh bagi memastikan lebih banyak pendakwaan dibuat ke atas majikan yang melakukan kesalahan terutamanya berkaitan kes buruh paksa.
Ketika ini kata Sivakumar, pihaknya Kementerian memandang serius isu di bawah bidang tanggungjawab KSM yang telah dinyatakan di dalam penilaian Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang (TIP).
KSM telah mengemukakan sebanyak lapan langkah antaranya usaha negara untuk membasmi isu buruh paksa secara komprehensif melalui pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu akan dipertingkat.
Fokus utamanya melalui penambahan Seksyen 90B berkaitan buruh paksa.
“Peruntukan ini menetapkan penalti kepada majikan yang melakukan kesalahan buruh paksa di bawah akta ini. Kerjasama hubungan antarabangsa dengan Amerika Syarikat (AS) melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWG) akan diperkukuhkan.
“Usaha ini akan dapat meningkatkan imej negara dan sekali gus memastikan produk tempatan tidak akan dikenakan sekatan (WRO oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS berkaitan isu buruh paksa,” katanya.
Dalam pada itu, baru-baru ini ketika menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (International Labour Conference-ILC) Sesi Ke-111 bermula pada 12 hingga 15 Jun lepas, Sivakumar turut berikrar Malaysia akan terus menjuarai isu-isu pekerja terutamanya dalam melindungi golongan.
Sivakumar ketika diberi peluang berucap pada sidang pleno Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi Ke-111 telah menerangkan beberapa inisiatif negara dalam memberikan perlindungan yang adil kepada golongan pekerja.
“Inisiatif berkenaan antara lain termasuk pindaan Akta Kerja 1955, pindaan kepada Akta 446, peluasan liputan perlindungan sosial kepada pekerja asing melalui Skim Bencana Kerja.Malaysia bercadang untuk menyertai proses Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder,” katanya diikuti tepukan gemuruh para delegasi.
Kata Sivakumar lagi, dirinya amat komited dalam menekankan kepentingan dasar negara ke arah “Just Transtion”, iaitu peralihan adil kepada pekerja dalam mengalami perubahan iklim dan ekonomi hijau,” ujarnya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post