KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memulakan tugas rasmi di Bukit Aman, hari ini.
Beliau yang dibawa menaiki kenderaan rasmi tiba di pintu masuk utama Bukit Aman pada jam 8 pagi.
Ketibaan beliau disambut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara.
Razaruddin kemudian menandatangani dokumen memulakan tugas diikuti majlis bacaan doa selamat di pejabatnya yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.
Razarudin mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara ke-14 dengan menggantikan Tan Sri Acryl Sani yang menamatkan kontraknya lebih awal semalam. -MalayaDailyToday
Discussion about this post