KUALA LUMPUR – Sejak malam tadi, beberapa keping gambar kecederaan mayat didakwa Zayn Rayyan tersebar.
Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah membuat sudah laporan berhubung penyebaran itu dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
“Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan,” katanya.
Beberapa keping gambar dipercayai mayat seorang kanak-kanak terbabit ketika prosedur proses bedah siasat tular menerusi aplikasi Telegram.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada pukul 10 malam.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan. -MalayaDailyToday
Discussion about this post