SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad hari ini.
Ini merupakan langkah itu memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, Isnin lalu.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing. -MalayaDailyToday