KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun UMNO ke-77, rata-rata ahli parti keramat itu diseru bangkit semula untuk kembali ke landasan perjuangan ikhlas.
Perkara itu dibangkitkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha tersebut juga perlu bersulamkan keimanan dan ketaqwaan seutuhnya kepada Allah.
Menurut beliau, seluruh pemimpin dan ahli UMNO perlu merenung pada ayat 140 surah Ali Imran yang membawa maksud ‘Dan Kami pergilirkan hari-hari (saat kemenangan dan saat kekalahan) diantara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran)’.
“Ayat ini cukup bermakna sebagai suatu ‘ibrah atau pengajaran buat seluruh warga dan kerabat parti agar bermuhasabah bahawa 77 tahun merupakan jangka waktu yang cukup panjang dalam lipatan sejarah perjuangan UMNO.
“Tatkala kita berada di atas tentunya ada sebab mengapa Tuhan takdirkan kita jatuh tersungkur walaupun mungkin kita masih mahu bernostalgia dengan segala jasa dan sumbangan di masa lampau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. -MalayaDailyToday
Discussion about this post