NAIROBI – Seekor singa jantan dipercayai tertua di dunia mati selepas terkena tusukan lembing dilemparkan oleh penggembala haiwan ternakan di Kenya.
Agensi melaporkan , singa dikenali dengan nama Loonkiito yang berusia 19 tahun mati di kampung Olkelunyiet pada malam Rabu selepas haiwan liar itu memburu binatang ternakan.
Kampung itu juga bersempadan dengan Taman Negara Amboseli di selatan Kenya.
Jurucakap Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), Paul Jinaro mendakwa, singa tua itu agak lemah dan berkeliaran dari taman ke kampung untuk mencari makanan.
Sementara itu, kumpulan pemuliharaan Lion Guardians memaklumkan Loonkiito merupakan singa jantan yang tertua dalam ekosistem dan mungkin di Afrika. -MalayaDailyToday
Discussion about this post