KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Manoharan Periasamy sebagai ketua pengarah baharu.
Ucapan itu dimuatkan di laman Facebook Tourism Malaysia secara rasmi dan segala desas desus berkaitan siapakah yang akan menggantikan Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.
“Setinggi-tinggi tahniah Encik Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,” kata Tourism Malaysia.
Untuk makluman, Manoharan merupakan Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa bagi Rantau Asia dan Afrika.
Sebelum ini, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong penuh hala tuju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang melakukan perubahan dalam Tourism Malaysia Dr Ammar Abd Ghapar, diturunkan pangkat kerana prestasi tidak memuaskan. -MalayaDailyToday
Discussion about this post