KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam nada sinis berkata walaupun tanpa tajaan bas untuk berkempen, namun sokongan rakyat Kedah masih kuat kepada Perikatan Nasional (PN).
Pengarah Pilihan Raya PN membandingkan bas Madani yang ditaja kerajaan campuran di Kedah sama seperti bas sarkis apabila ia digunakan ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk berkempen sekitar negeri tersebut menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tak lama lagi.
“Tuan-tuan balik tengok balik video depa punya himpunan dengan kita punya. Perhimpunan mana yang lebih ramai.
“Tuan-tuan sekalian himpunan kita orang mari atas dasar ikhlas, Ikhlas hati. Tak ada bas sarkis tak ada bumbung, tak ada. Tuan-tuan nampak tak ahli sarkis duduk atas tu? Lambai-lambai tangan, Nampak dak? Orang meluat tuan-tuan. Orang tak boleh terima puak ini.
Depa buat perbandingan bas itu dengan bas sarkis, betul-betul bas sarkis. Saya kasihan juga tengok naik itu tua-tua semua dah nak buat nak tunging buyung pun tak boleh dah,” katanya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post