IPOH – Penduduk sekitar sini cemas dan bimbang selepas merasai gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman di bahagian atas bangunan sekitar jam 11.06 pagi tadi.
Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.
Selain itu, kejadian sama dirasai penduduk di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris sebelum ini menafikan kejadian terbabit berpunca daripada aktiviti letupan kuari, latihan pasukan keselamatan atau aktiviti seismik seperti didakwa pengguna media sosial.
Menurut Azizi, pihaknya sedang menyiasat mengenai insiden itu dan menasihati orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi. -MalayaDailyToday
Discussion about this post