KUALA LUMPUR – Berdepan dengan pelbagai kritikan dan reaksi berikutan tindakan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan keputusan penggunaan kalimah ‘Allah’, UMNO difahamkan membawa isu itu ke mesyuarat Kabinet esok.
Kata Menteri Undang-Undang yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri-Menteri UMNO akan membawa perkara itu ke perhatian barisan kabinet memandangkan penggunaan perkataan itu mesti dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat.
“Penyelesaian yang menyeluruh perlu dibincang dan dicapai, termasuk pendekatan perundangan yang kukuh yang merangkumi rujukan perkara ini ke Mahkamah Persekutuanselain pendekatan bukan perundangan.
“Menteri-Menteri UMNO akan bangkitkan perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari,” katanya dalam kenyataan. -MalayaDailyToday
Discussion about this post