KUALA LUMPUR – Buat julung kali lima tekad dinyatakan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Tekad berkenaan dinyatakan dalam bentuk ikrar yang dilafazkan bersama perwakilan konvensyen sebelum ditandatangani semua ketua wanita 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Bacaan ikrar tekad itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian menerima tekad itu. -MalayaDailyToday
Discussion about this post