KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses mengkaji dan mengemas kini arahan yang lebih menyeluruh dalam usaha menangani isu berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’.
KDN juga sedang mengkaji isu berkaitan tiga perkataan iaitu ‘baitullah’, ‘solat’ dan ‘kaabah’ dalam penerbitan berkaitan agama.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keperluan untuk mengkaji semula perkara itu adalah selaras dengan kepentingan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini selain mewujudkan penyeliaan dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan penerbitan yang melanggar peruntukan akta undang-undang. -MalayaDailyToday
Discussion about this post