KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju hartanah, Kumpulan JL99 memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM709 juta bagi projek pembangunan fasa kedua, JL Legacity @ KL North.
Untuk makluman, 99 Legend itu merupakan projek servis apartmen yang menampilkan sebanyak 55 fasaliti mewah pada harga berpatutan antara RM478,000 sehingga lebih RM700,000.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee, projek itu dibangunkan di tanah berkeluasan 1.71 hektar dengan mempunyai 1,214 unit kediaman 57 tingkat termasuk lima ‘Penthouse’.
Kata beliau, ia sebahagian daripada keseluruhan pembangunan JL Legacity yang terletak di Jalan Kuching bersebelahan bulatan Batu Caves atau lebih dikenali sebagai KL North.
“Sebenarnya jika anda lihat, keseluruhan projek ini saya ilhamkan selepas kita berdepan dengan pandemik Covid-19 tiga tahun lepas, banyak kemudahan dan teknologi yang kita perkenalkan dalam pembinaan kita.
“Projek fasa pertama kami iaitu 99 Residence kini hanya tinggal 35 unit belum terjual dan dijangka siap dibina hujung tahun ini.
“Bagi 99 Legend pula, binaan cerucuk sudah mula dijalankan pada tahap 50 peratus dan kami jangka projek itu siap sepenuhnya dalam tempoh 48 bulan (menjelang 2027),” katanya ketika ditemui di di Galeri Jualan Kumpulan JL99 di sini.
Jeff Lee mendedahkan, harga Perjanjian Jual beli (SPA) bermula antara RM478,250 berkeluasan 735 kp (Bayaran bulanan dari RM1,900) 880 kp harga RM572,500 (RM 2,300) , 1,050 kp RM 689,150 (RM 2,700) , 1,152 kp RM 761,320 (RM3,000).
Untuk pembeli Bumiputera pula akan mendapat insentif 6 peratus hingga 8 peratus.
“Setiap unit kediaman mempunyai dua hingga empat bilik mengikut spesifikasi itu disediakan dua hingga tiga lot parkir manakala ‘Crown Penthouse disediakan 5 hingga 10 parkir. Selain 20 Unique Selling Point (USP), 99 Legend juga dilengkapi teknologi canggih terkini dari luar negara.
“Antaranya butang lif tanpa sentuh ke aras kediaman dan aras kemudahan fasiliti, pengecaman plat lesen kereta (tanpa kad akses), bilik simpanan penghantaran makanan dan bungkusan tanpa berinteraksi, juga ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta penapis air berpusat,” ujarnya.
JL99 juga telah memperuntukkan RM20 juta bagi membina flyover eksklusif bagi memudahkan akses penghuni dan pelawat melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRR2) selain dua kolam renang khas iaitu Iconic Shark Beach bertemakan pantai berpasir serta ‘Infinity Sky Pool’ dengan pemandangan KLCC.
“Tidak cukup dengan itu, kita juga akan adakan cabutan bertuah iaitu ‘You can be a millionaire’ dengan mengadakan 2 kali cabutan bertuah berjumlah RM3 juta, 2 pembeli berpeluang menang wang tunai RM1 juta, selain berpeluang memenangi baki wang tunai berjumlah RM1 juta.
“Kumpulan secara keseluruhannya memperuntukkan GDV berjumlah melebihi RM2 bilion bagi pembangunan JL Legacity termasuk fasa ketiga melibatkan pembangunan bercampur,” katanya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post