KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut MeTMalaysia, Selain Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan ia membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Di Terengganu membabitkan Marang dan Dungun manakala di Pahang (Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).
“Di Selangor, ramalan itu diramal berlaku di dua kawasan membabitkan Gombak dan Hulu Langat selain ibu kota. Johor pula membabitkan Kluang dan Mersing,”katanya.
Ramalan cuaca sama turut diramal di Sarawak membabitkan kawasan Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -MalayaDailyToday