KUALA LUMPUR – Pulau Pinang dijangka berdepan gangguan bekalan air sehingga Rabu ini susulan penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang hari ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan memaklumkan penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pukul 5 pagi tadi telah menyebabkan pengeluaran loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terjejas.
Jelas kenyataan itu, PBAPP telah menyalurkan air dari Empangan Mengkuang sebagai tindakan kecemasan buat masa ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post